Skip to content

Pemungut sampah yang handsome

“Handsome mamat ni.” Itu yang bermain di fikiran Yati apabila terpandang seorang anak muda yang sedang berlari dengan berbaju t-shirt, dibalut jaket di luar dan berseluar pendek.

Anak muda itu memakai sarung tangan yang senada warna dengan baju yang dipakainya. Hitam dan kuning. Paduan warna yang menarik.

Rambutnya pendek kerinting. Mukanya putih kemerah-merahan.

Hairan juga, kenapa dia berlari di ruang kaki lima. Mata Yati mengekori setiap pergerakannya.

Ada sesuatu yang menjadi tujuannya. Bulat mata Yati melihat anak muda itu mencapai tong sampah. Ada sebuah lori yang mengekori rapat dengannya, dipandu perlahan.

Anak muda tersebut mencurahkan isi tong sampah ke dalam bahagian belakang lori yang mengekorinya.

Oh, dia tengah kutip sampah.

Dia bukannya berjoging, sebaliknya dia berlari di tepi jalan untuk mengangkut sampah ke dalam lori sampah. Habis isi tong sampah itu dikeluarkan, tong sampah dikembalikan ke tempat asal.

Dia berlari lagi menuju ke tong sampah seterusnya.

Tidak sangka anak muda ini bekerja sebagai pemungut sampah. Dan dia begitu bersemangat ketika menjalankan tugasannya.

Tidak sedar bahawa itu ialah lori sampah kerana tiada bau langsung yang singgah di hidung. Kalau lori sampah di Malaysia, sebatu jauhnya kita sudah tahu akan kehadiran mereka kerana bau yang tidak menyenangkan.

************************************************************************************************************************************************************************************************************

Cerita di atas ialah salah satu bahagian dalam Travelog Sydney & Melbourne : Kembara 7 Sahabat.

Saya dan Norsa’adah Ahmad sedang dalam proses memasukkan gambar untuk buku ini.

Pada mulanya kami fikir hanya mahu cetak buku ini untuk kawan-kawan rapat dan ahli keluarga. Tetapi bagaimana jika ada orang lain yang berminat?

Mungkin mahu melawat ke Sydney & Melbourne?

Bagaimana mahu membuat itinerary sendiri?

Boleh membaca pengalaman kami untuk mengetahui tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Sydney & Melbourne.

Cetakan adalah terhad. Kami hanya cetak buku ini mengikut pesanan yang diterima.

Jika berminat boleh hubungi saya atau Norsa’adah Ahmad. PM atau whats app 019-5593436.

Published inBuku

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *