Skip to content

Pemberian kecil tapi bermakna

Selasa lalu, saya ke Hospital Queen Elizabeth untuk menyampaikan dua ‘lecture’ untuk pelajar AEMTC KSKB.

Post resuscitation care.

Abuse & assault.

Saya fikirkan sempat sarapan sebelum memulakan lecture. Tapi saya sampai di sana lima minit sebelum pukul lapan. Jadi, saya hanya sempat membeli setin milo. Milo yang saya minum sebelum memulakan lecture.

30 minit rehat antara lecture pertama dan kedua. Malas pula mahu ke kafetaria untuk membeli makanan. Maka milo itu saja yang menjadi sarapan saya.

Habis lecture pada pukul 12.30 tengahari. Sedang berkemas-kemas mahu pulang, salah seorang pelajar AEMTC menghulurkan setin milo kepada saya.

“Doktor, ni kami belikan untuk doktor tadi. Minumlah.”

Hmm… patutlah nampak saya nampak ada satu tin milo di atas meja. Sedangkan tin milo pagi tadi saya sudah buang selepas habis diminum. Rupanya mereka membeli milo untuk saya kerana dilihatnya saya suka minum milo.

Satu perkara yang ringkas saja tetapi bermakna.

Tidak semestinya perlu beri hadiah yang mahal atau besar-besar.

Satu tin milo kecil seperti ini pun sudah cukup untuk menyentuh hati seseorang. Hati siapa kali ini. Sudah tentu hati saya.

Mereka nampak saya minum milo pagi tadi, maka mereka membelikan milo untuk saya. Selain itu, salah seorang daripada pelajar tersebut baru pulang dari Labuan dan dia memberi coklat kepada rakan-rakannya. Maka saya pun dapat sekali.

Jika kita mahu menghargai seseorang, tidak kira rakan-rakan mahu pun ketua atau orang bawahan kita, perkara kecil seperti ini sudah cukup menggembirakan.

Belikan apa yang mereka suka. Air, makanan, buah-buahan, coklat.

Kecil namun diiringi dengan keikhlasan si pemberi. Impaknya besar kepada si penerima.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *