Skip to content

Pelancaran Sehari di A&E di PBAKL 2015

Alhamdulillah.

Pelancaran buku Sehari di A&E dalam majlis penuh bermakna hari ini selesai.

Bertambah manis buku sahabat baik saya Norsa’adah Ahmad sebanyak 3 buah turut tersenarai.

Lebih menggembirakan kerana insan yang merasmikan pelancaran buku-buku Truewealth pada tahun ini ialah Datuk Wira Doktor Maznah atau lebih dikenali sebagai Iron Lady.

Peluang bersua muka dan bertukar kata dengan beliau amat mengujakan.

Saya diperkenalkan dengan Tuan Haji Abd Aziz Abu Bakar, Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia. Tidak kekok untuk berbicara dengan beliau walaupun baru pertama kali berjumpa.

Terima kasih Encik Azizi Ali, Puan Azlynn Azizi dan warga kerja Truewealth yang merealisasikan majlis ini hingga berjaya.

Tunggu pelancaran buku saya pada tahun 2016 pula!

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *