Skip to content

Pagi di Darwin

Hari pertama di Darwin.

Flight pukul 9.35 malam hari Ahad dan sampai ke bumi Darwin pada pukul 4.00 pagi.

Dalam kapal sukar hendak melelapkan mata.

Mengantuk di bumi Australia sama juga seperti mengantuk di Malaysia.

Oleh sebab belum boleh check in bilik ketika sampai di tempat penginapan, maka kami berjalan-jalan mencari sarapan di Smith Street.

Usai sarapan, kedai-kedai masih banyak yang belum buka.

Saya berjalan pun sudah terhuyung-hayang kerana terlalu mengantuk.

Akhirnya pulang ke tempat penginapan dan tertidur di sofa di depan ruang receptions kerana masih belum boleh masuk ke bilik.

Rupa-rupanya kalau sudah mengantuk, tiada bezanya bumi Malaysia dan Australia.

 

Published inkursusstetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *