Skip to content

OSCC 2015

 

Saya tertarik dengan sesi perbicaraan olok-olok yang diadakan pada petang hari kedua kursus.

Sesi perbicaraan dalam mahkamah.

Pendakwaraya menyoal saksi yang terdiri daripada doktor. Kemudian peguam bela tertuduh pula menyoal balas saksi.

Tugas peguam bela, untuk menimbulkan keraguan agar kes tidak kukuh dan tertuduh tidak dapat disabitkan dengan kesalahan.

Yang saya pelajari daripada sesi perbicaraan:

1. Dokumentasi harus lengkap

Perbicaraan bukan diadakan seminggu atau selepas doktor melihat kes di hospital. Ada masanya bertahun selepas itu.

Jika kita tidak membuat dokumentasi secara menyeluruh dan lengkap, ini akan menyukarkan kita untuk menjawab soalan daripada pendakwaraya dan peguam bela.

2. Jawapan yang diberikan haruslah berdasarkan fakta bukannya pendapat semata-mata

Fakta tidak mudah dipertikaikan contohnya luka yang terdapat di badan, kesan lebam atau kesan koyakan di bahagian alat sulit.

Pendapat boleh dipatahkan oleh peguambela mahupun pendakwaraya.

3. Buat homework

Tidak masuk ke mahkamah dengan kepala kosong. Harus buat ‘homework’ akan kes yang dibicarakan. Supaya kita jelas apa yang hendak dijawab bila diajukan soalan.

4. Kena yakin dan tahu apa yang diperkatakan

Kena ada keyakinan diri. Tidak boleh takut-takut dan nampak tidak tahu dengan apa yang kita cakap.

Selain sesi perbicaraan olok-olok, saya suka dengan sesi oleh Dr Farah Nini Dusuki, Senior lecturer, Faculty of Law. Kepakaran beliau dalam perundangan kanak-kanak.

Beliau merupakan salah satu contoh ‘beauty with brain’. Bukan saja cantik, malah bijak berkata-kata. Dan bukan bercakap kosong, apa yang dituturkannya berisi. Pakaian yang dikenakan pun nampak elok terletak di tubuh. Ringkas namun menarik.

Boleh dijadikan idola oleh generasi muda sekarang. Bukan sibuk beridolakan penyanyi dan pelakon.

Saya berasa untung dapat menghadiri kursus OSCC kali ini. Dapat ilmu baru, merungkaikan persoalan yang saya ada dalam mengendalikan kes OSCC di tempat kerja, berjumpa dengan rakan-rakan dan dapat makan.

P.S : Ada rezeki, HWKKS akan menganjurkan OSCC peringkat negeri Sabah.

P.S 2: Terima kasih kepada rakan-rakan dari HKL, Umul Khair Mohamad, Juju dan yang lain-lain lagi yang bertungkus-lumus dalam menjayakan kursus ini. Semoga mendapat pahala di atas segala usaha keras yang dilaburkan.

Published inkursusstetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *