Skip to content

Nasi

Nasi apa yang kawan-kawan suka makan?
Atau tak suka makan nasi?
Betulkah ada orang tak suka makan nasi?

Kalau tak makan nasi, nak makan apa?
Roti, mi, pasta, makan lauk saja.

Ada pelbagai jenis nasi di Malaysia.
Nasi putih.
Nasi beras perang.

Nasi lemak.

Nasi goreng.

Nasi goreng kampung.

Nasi goreng pattaya.
Nasi goreng ayam.

Nasi goreng cina.

Nasi goreng USA.

Nasi goreng seafood.

Nasi briyani.

Nasi ayam.

Nasi tomato.
Nasi minyak.

Nasi hujan panas.

Soalan yang sekarang orang suka tanya saya, “Bila nak makan nasi minyak?”

“Boleh. Jom kita cari kedai yang jual nasi minyak.”

Hakikatnya orang bertanya bila nak makan nasi minyak bermaksud bila hendak mendirikan masjid. Bukan masjid betul sebaliknya mendirikan rumahtangga. Lihatlah, betapa simboliknya orang Melayu. Bertanya dengan berlapik, beralas.

Mengapa nasi minyak sinonim dengan kahwin? Boleh saja kan kalau hidangkan nasi putih atau nasi hujan panas semasa majlis perkahwinan. Tetaplah nasi minyak yang popular semasa majlis perkahwinan. Tapi bila difikirkan, saya memang makan nasi minyak semasa menghadiri majlis perkahwinan saja. Seperti tak pernah makan nasi minyak di kedai.
Ada sesiapa boleh jawab soalan saya iaitu kenapa nasi minyak sinonim dengan majlis perkahwinan?

Semasa majlis perkahwinan saya nanti, saya nak hidangkan nasi putih dengan telur dadar dan kicap. Okay tak? Mesti emak saya membantah keras cadangan saya ini.

Nasi kegemaran saya ada dua.

Nasi putih dan telur dadar serta kicap. Kenapa? Sebab ianya ringkas. Tak rumit. Mudah disediakan. Tak perlu fikir banyak. Hanya makan saja.

Kedua, nasi goreng yang dimasak oleh emak saya. Tidak ada nasi goreng di dunia ini yang boleh menandingi nasi goreng emak saya. Biasakan, kita akan mengakui bahawa masakan ibu adalah makanan terhebat dan terenak di dunia. Nikmat yang perlu disyukuri apabila kita masih boleh makan masakan air tangan ibu. Kerana di luar sana, ada ramai yang tak berpeluang lagi untuk menikmati masakan ibu.

Bolehkah tak makan nasi satu hari?

Ada orang tak boleh hidup tanpa nasi. Hidupnya tak lengkap jika tidak makan nasi. Menggelupur mencari nasi.
Ketika melancong di luar negara, saya paling rindu nasi putih dan telur dadar.
Kenangan yang saya masih ingat sampai sekarang, makan nasi dan salmon setiap hari semasa melancong ke Norway dan Sweden. Sarapan, makan tengahari dan makan malam. Setiap waktu makan, hidangan kami ialah nasi dan salmon.

Hendak buat macam mana, salmon murah di sana. Rugi tak menikmati salmon ketika berada di sana. Seperti hendak melompat-lompat ketika melihat harga salmon yang dijual di pasaraya. Murah. Maklumlah, salmon di Malaysia mahal.
Kalau berdiet, tak boleh makan nasi?

Betulkah pernyataan di atas?

Kena tanya cikgu diet. Ini kena buat satu lagi entri yang lain. Tapi saya rasa mereka yang pakar dalam bidang makanan lebih sesuai menjawab soalan ini.

Published inUncategorized

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *