Skip to content

Mudah terpengaruh

Saya mengaku ada masanya saya mudah terpengaruh. Tetapi bergantung apakah barang atau perkara itu.

Kalau buku atau aktiviti melancong, saya sangat goyah dan mudah terikut-ikut dengan orang.

Dengar ada buku yang menarik yang diperkatakan oleh teman-teman di facebook, saya ingin mendapatkan dan membacanya. Saya akan berusaha mencarinya walaupun sukar.

Ada orang meletakkan posting di blog mengatakan buku sekian sekian menarik dan berbaloi untuk dibaca, saya sangat ingin membelek buku itu. Mahu tahu betulkah begitu hebat buku yang diperkatakan.

Ada orang bercakap destinasi pelancongan itu indah rupa dan khabar, maka saya pun menyimpan hasrat untuk ke situ juga.

Orang kata Mataking cantik, saya pergi ke sana dan saya mengakui pulau ini sangat indah.

Seterusnya Lankayan pula menjadi sasaran tempat menyelam akan datang (yang saya sendiri tidak tahu bila kerana jadual aktiviti agak padat).

Danum Valley.

Maliau Basin.

Tempat-tempat ini meniti di bibir orang.

Saya harus pergi, cuma harus merencana masa untuk ke sana.

Lupa Masa.

Comel kan nama tempat ini.

Tempat ini pun saya mahu pergi kerana saya tertarik dengan namanya. Lupa Masa. Dikatakan kita akan terlupa masa apabila berada di tempat ini.

Banyaknya destinasi impian tetapi langkah masih tersekat di KK dan Likas.

Tetapi bukan semua benda boleh membuatkan saya terpengaruh.

Saya tidak terpengaruh dengan pakaian cantik-cantik, kasut berjenama atau beg tangan Guccha atau Prado.

Lain padang, lain belalang. Lain orang lain kesukaannya.

Saya berharap orang mudah terpengaruh membaca buku saya.

Mudahnya Menulis Buku.

Saya doakan pembaca buku saya terpengaruh dengan buku saya dan menjadi penulis buku.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *