Skip to content

Meninjau buku di kedai

Hobi baru saya selepas mempunyai karya yang sudah terbit ialah membuat tinjauan di kedai buku. Saya ingin mengetahui sama ada buku saya ada dijual di kedai buku.

Saya singgah di Midvalley pada waktu petang. Seperti biasa saya masuk ke MPH. Saya melihat buku-buku di rak di mana buku Truewealth biasanya ditempatkan.

Tiada!

Hampa rasa di hati. Buku saya belum masuk ke kedai buku lagi.

Sedih.

Saya beralih melihat buku mana yang boleh dibeli untuk dijadikan ole-ole ke Sabah.

Ketika bergerak ke rak lain, saya terpandang sesuatu yang cukup untuk membuat saya tersenyum lebar ketika itu.

Sehari di A&E!

Buku saya diletakkan di bahagian bacaan umum, bersebelahan dengan buku Big Boss Mydin. Di rak yang sama di bahagian atas terdapat buku Tun Dr. Mahathir.

Buku saya diletakkan di rak yang sama dengan buku Tun Dr Mahathir!

Oh, gembiranya saya. smile emoticon

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *