Skip to content

Menghadiri Majlis Perkahwinan

Apa kawan-kawan buat hujung minggu ini?
Saya menghadiri majlis perkahwinan sepupu. Jarang-jarang saya dapat menghadiri majlis perkahwinan saudara-mara atau kawan-kawan. Seringkali ada aral melintang.

Setiap kali berada dalam majlis perkahwinan, saya teruja dan gembira. Gembira melihat pertautan dua hati. Gembira melihat aura kebahagiaan yang tersebar. Ibu bapa pengantin tak putus senyum menyambut tetamu yang datang.
Dalam drama melayu pukul 7 atau samarinda tv3, mungkin kita menonton kisah kahwin paksa. Setakat ini saya tak pernah saksikan majlis kahwin paksa dalam kehidupan sebenar. Mungkin kawan-kawan pernah menyaksikannya tapi saya tak pernah.

Sepertimana yang Tuan Afnan selalu katakan, be happy for others. Jujur bahagia melihat orang lain bahagia. Apabila kita ikhlas melihat kegembiraan orang lain, kita akan dapat kegembiraan sebegitu.
Singkirkan perasaan iri hati melihat orang lain mendapat rezeki jodoh. Sebaliknya bahagia kerana dia ditemukan dengan jodohnya.
Mungkin kita tertanya-tanya, bila jodoh aku nak menjelma?

Bertanya pada Allah. Bukan pada manusia.
Published inUncategorized

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *