Skip to content

Melihat matahari terbenam

 

senja senja 2

Hari ini pergi tukar duit Australia.

AUD1 = RM2.92

Terkejut bila pergi ke penggurup wang pertama, katanya duit Australia tiada stok. Mujur di penggurup wang kedua, ada stok.

Dapat tukar duit, terasa Australia semakin dekat. Semakin tidak sabar mahu berangkat ke sana.

Balik ke rumah, makan bersama rakan serumah dan rakan-rakan lain. Duduk berbincang senarai barangan yang hendak hendak dibawa ke Australia. Tiga kepala lebih baik daripada satu kepala.

Selepas itu, kami bertolak ke Shangri-La Rasa Ria Resort. Mahu melihat matahari terbenam.

Pasirnya sangat lembut. Selipar ditanggalkan. Daripada berjalan-jalan, kami duduk di atas pasir.

Ada majlis perkahwinan bakal dilangsungkan di resort. Kerusi meja disusun atur di bahagian luar. ‘Garden wedding’. Nampaknya kebahagiaan bermula untuk pasangan pengantin.

Puas bergambar di pantai, kami khusyuk melihat matahari terbenam.

Resort ini tampak cantik dan mewah. Kami sudah berangan-angan mahu menginap di sini pada masa akan datang.

Saya mahu menulis di tepi pantai.

Malam dipenuhi dengan aktiviti makan udang, sotong dan ikan. Diikuti menonton filem di rumah. Movie marathon.

Aktiviti hari ini berlangsung kerana masing-masing tidak oncall pada hujung minggu. Maka kami membuat rancangan untuk memenuhi masa yang ada.

Setiap apa yang kita lakukan, jika ingin berjaya memerlukan perancangan.

Seperti menulis buku, jika mahu buku anda menjadi kenyataan, rancang buku anda. Laksanakan apa yang dirancang.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *