Skip to content

Melakar ayat kenangan di Blue Mountain

 

Sudah lebih seminggu meninggalkan bumi Australia, masih terbayang-bayang perjalanan di sana.

Pada akhirnya bukan t-shirt, key chain, fridge magnet atau mug yang menjadi kenangan berharga dari sana.

Sebaliknya setiap jejak yang ditempuhi, tempat yang dilawati dan memori yang tercipta di sana.

Buat kalian berenam, masih ingatkah ayat yang terlakar semasa kita melawat Scenic World, melihat pokok-pokok hutan.

Kalau sudah terlupa, biar saya letakkan di sini:

Jadilah insan yang kuat seperti Five Leaf Water Vine.

Hidup berkasih sayang seperti Sassafras dan Lili Pilli.

Usah gentar untuk bangkit selepas tersungkur seperti Fern Tree.

Ya, nama-nama yang disebutkan di atas ialah nama pokok. Tetapi pokok-pokok ini mengajar kita berfikir bagaimana untuk hidup melalui karakter mereka.

Kisah pokok ini akan dimasukkan dalam Kembara 7 Sahabat ke Melbourne & Sdyney yang akan saya tulis bersama Norsa’adah Ahmad.

Jika mahu tahu kisah pokok-pokok ini, boleh buat tempahan buku kami.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *