Skip to content

Mata

Conjunctivitis.
“Eh, eh kenapa mata kau merah?”

Penyebab biasa mata merah.
Selalunya berpunca daripada virus. Punca lain iaitu bakteria, parasit, jangkitan fungus, alahan, bahan toksik atau bahan kimia.

Ada yang sakit. Ada yang tak sakit. Ada masanya bila bangun daripada tidur, kita rasa mata melekat. Sukar dibuka.

Viral conjunctivitis biasanya didahului dengan jangkitan salur pernafasan (upper respiratory tract infection URTI).

Simptom yang dialami oleh pesakit viral conjunctivitis seperti mata merah dan pengeluaran cecair. Mata mungkin sakit dan mungkin tidak sakit.
Pada permulaannya, sebelah mata akan terkena jangkitan diikuti oleh mata sebelah lagi beberapa hari kemudian. Ianya boleh berlarutan hingga 3 minggu.

Rawatan yang diberikan bergantung pada punca conjunctivitis. Selalunya fokus pada mengurangkan simptom yang dialami.
Contohnya rawatan yang diberikan untuk bacterial conjunctivitis terdiri daripada ubat sapuan antibiotik yang perlu diambil selama 5 hingga 7 hari.
Bagi viral conjunctivitis, keadaan ini selalunya akan pulih sendiri. Rawatan yang diberikan hanya untuk merawat simptom.
Pengguna kanta lekap dinasihatkan untuk tidak memakainya selama jangkitan tidak pulih.

Keadaan ini boleh berjangkit. Pesakit dinasihatkan untuk kerap mencuci tangan dan menggunakan kain atau tuala berasingan. Elakkan menyentuh mata yang dijangkiti.

Doktor yang memeriksa pesakit harus memakai sarung tangan untuk mengelakkan diri sendiri terkena jangkitan.
Published inUncategorized

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *