Skip to content

Masalah di dunia

 

Semasa berkursus di Beringgis Beach Resort & Spa hujung minggu lalu, perkara yang paling menggembirakan bagi saya adalah tidak perlu memikirkan mahu makan apa.

Makanan disediakan enam kali sehari. Sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dn minum malam. Seperti berada di asrama.

Poin tambahan, makanan yang disediakan sedap-sedap dan menepati citarasa.

Hari ini saya tidak tahu mahu makan malam apa. Balik dari tempat kerja, malas mahu singgah ke mana-mana.

Bila sudah sampai di rumah, memang berat betul mahu keluar semula mencari makanan di kedai luar. Hendak masak pun berat tulang.

Haishh… susah kalau jadi orang malas ni….

Tetapi perut sudah berbunyi lagu rap.

Masalah terbesar di dunia sekarang ini untuk saya adalah mencari makanan yang boleh dimakan.

Hendak makan di luar atau masak di rumah saja?

Akhirnya saya ambil keputusan untuk memasak saja kerana malas mahu memandu kereta mencari makanan di luar.

Selesai masak dan makan, selesai masalah terbesar di dunia untuk saya.

Motif entri ini?

Apa masalah terbesar anda di dunia pada masa sekarang?

P.S Usah ditanya mengapa banyak sangat bawang. Saya memang suka bawang.

P.S 2: Ada banyak masalah kita di dunia. Jangan ingat saya tak ada masalah lain. Tapi kita tangani satu-persatu masalah kita ya.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *