Skip to content

Masa terbaik untuk menulis

Bila masa terbaik untuk menulis
1. Lihat jadual hidup anda.
Adakah anda bekerja mengikut syif atau waktu pejabat.
Adakah waktu kerja anda fleksibel.
Jika anda dapat menetapkan masa yang sama setiap hari untuk menulis akan memudahkan anda konsisten menulis. Apabila tiba masa yang ditentukan, secara automatik anda akan sedar itu ialah masa menulis dan anda akan terus menulis.
2. Jika waktu bekerja tidak menentu, anda menulis apabila anda mempunyai masa terluang di antara aktiviti anda.
Waktu terluang yang saya maksudkan di sini seperti waktu ketika menunggu anak pulang dari sekolah, waktu sebelum memulakan kerja.
3. Jika menunggu mood datang, baru anda mahu mula menulis, anda tidak akan menulis setiap hari. Anda akan menulis sekali-sekala sahaja.
Masa terbaik bukan ketika mood menulis muncul, masa terbaik menulis ialah apabila anda menulis tanpa mengira mood.
Published inTip penulisan

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *