Skip to content

Malaysia boleh

 

Semasa menghadiri ASA + FNA Conference 2015 di Darwin, kami diajukan beberapa soalan daripada delegasi negara lain.

Bidang aeromedical masih baru di Malaysia. Kita di tahap anak-anak yang masih bertatih kalau dibandingkan dengan Australia dan New Zealand yang sudah lama melakukannya.

Namun penyertaan Malaysia mendapat pengiktirafan daripada pihak penganjur. Mereka siap menyediakan hadiah kepada Malaysia sebagai penyertaan yang datang dari negara paling jauh.

Antara soalan dan komen yang diberikan kepada kami:

1. Bila Malaysia akan menjadi penganjur konferens ini? Kami akan datang ke Malaysia jika kamu menganjurkannya.
– Soalan ini memang membuat saya dan rakan-rakan lain terkasima. Mahu datang ke sini pun sudah merupakan satu cabaran besar bagi kami. Cabaran dari segi kewangan, masa dan kerja. (Ya, kami pergi dengan duit sendiri. Tidak ada sponsor dari mana-mana pihak)

2. Tahun depan, hantarlah lebih ramai peserta dari Malaysia.

3. Sepatutnya lebih ramai daripada Malaysia yang menjadi speaker. Kami suka mahu mendengar kamu bercakap.
– Selepas Kamilah dan Cheah berucap dalam slot mereka. Mereka mahu lebih ramai delegasi Malaysia berucap.

4. Hantar lebih ramai peserta untuk pertandingan simulasi. Tahun ini kami hanya dapat menyaksikan pasukan lelaki beraksi. Kami teringin melihat pasukan perempuan bertanding dalam ‘simulation cup’.

Komen dan soalan mereka benar-benar membuatkan kami lebih bersemangat. Ya, mereka sudah menerima Malaysia sebagai sebahagian daripada komuniti aeromedicine. Kami terharu.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *