Skip to content

Mail suka bisnes

Semalam menemankan Miyul menonton Upin Ipin.

Semasa kartun Upin Ipin semalam, cikgu kelas mereka bertanyakan hobi setiap pelajar.

Saya tertarik dengan hobi Mail.

Kata Mail, “Hobi saya adalah berniaga.”

Mail pun memulakan ceritanya. Dahulu dia seorang yang pemalu. Ibunya meminta dia menolong berniaga. Mail segan mahu memanggil pelanggan.

Suaranya seperti tidak mahu keluar ketika dia mengatakan, dua seringgit, dua seringgit. Malah Mail menutup muka kerana malu.

Ibunya menggalakkan Mail untuk bersuara lebih kuat. Jangan malu dalam berniaga.

Mail terus menjerit, “Dua seringgit! Dua seringgit!”

Seorang lelaki yang berjalan melintasi gerai mereka, tertarik untuk singgah apabila mendengar jeritan Mail. Lelaki itu menjadi pelanggan pertama yang membeli daripada Mail.

Duit yang diterima daripada lelaki tersebut membuatkan Mail sangat gembira. Percubaannya berjaya.

Sejak itu Mail sangat suka berniaga.

Kisah Mail tampak ringkas tetapi mesejnya boleh sampai kepada kanak-kanak mahu pun penonton dewasa.

Ada di antara kanak-kanak yang bersemangat mahu menjadi usahawan selepas menonton kisah Mail. Usahawan cilik.

Cerita yang mendidik. Tampak kecil tetapi besar kesannya.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *