Skip to content

Mahu jadi apa besar nanti?

“Hayati, kamu mahu jadi apa besar nanti?”

Saya tergaru-garu kepala. Tidak jemukah cikgu bertanya soalan yang sama setiap tahun.

Jawapan saya pasti sama juga. “Saya mahu jadi doktor, cikgu.”

Cikgu senyum. “Bagus cita-cita kamu. Belajar rajin-rajin kalau kamu jadi doktor. ”

Saya duduk semula setelah diarahkan cikgu. Cikgu mengedarkan kad 001 untuk diisi oleh setiap pelajar.

Ada tiga kolum di situ. Kami dikehendaki menulis cita-cita kami di kolum ini. Kena letak tiga pilihan cita-cita mengikut turutan dan keutamaan.

Apa saya mahu jadi bila besar nanti?

Itu soalan yang tertulis di atas kolum cita-cita.

Jawapan saya sama sahaja daripada darjah dua hingga enam. Darjah satu, tidak tulis lagi kerana masih tidak tahu apa itu cita-cita.

Doktor. Peguam. Guru.

Kenapa saya pilih ketiga-tiga pekerjaan ini sebagai cita-cita saya?

1. Ini sahaja yang saya tahu
Skop pengetahuan terhad. Saya tidak tahu wujud karier sebagai wartawan, editor dan penulis buku.

2. Pekerjaan yang bagus
Saya rasa menjadi doktor adalah pekerjaan yang mulia kerana menolong orang sakit. Menjadi peguam, saya boleh menegakkan keadilan. Menjadi guru ialah kerjaya yang murni kerana mendidik anak bangsa hingga menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

3. Jawapan yang selamat
Bila saya berkata cita-cita saya ialah doktor, tidak ada orang akan berkata lebih-lebih kerana mereka faham dengan jawapan saya. Mereka akan mengatakan bagus dan menyuruh saya belajar rajin-rajin.

 

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *