Skip to content

Lari

Kudaku lari gagah berani.
Tiba-tiba lirik lagu itu tergiang di telinga apabila memandang perkataan lari yang tertera.

Suka berlari?

Saya kurang minat. Lebih suka berenang daripada berlari. Berlari bukan sukan kegemaran saya.
Namun saya ingat kenangan pernah masuk acara berlari 4 x 200 meter semasa pertandingan sukan sekolah. Entah macam mana saya menjadi peserta sedangkan saya tak minat berlari langsung. Itu ajaib. Adakalanya dalam hidup, kita tak tahu kenapa kita buat satu-satu perkara.

Barangkali saya kasihan dengan rakan yang mencari orang untuk mewakili rumah sukan dalam acara itu. Barangkali saya dipaksa cikgu. Jujur saya tak ingat sebab sebenar.
Adakah saya menang?
Tempat ketiga. Tercungap-cungap berlari seperti hendak putus nafas. Itulah satu-satunya pertandingan larian yang saya masuk semasa zaman sekolah.
Saya rasa bersalah kerana saya rasa saya lambat berlari. Wakil rumah lan berlari dengan pantas. Saya telah mengecewakan rakan-rakan yang lain.

Kami dapat tempat ketiga sebab wakil satu rumah lagi bermasalah. Jadi mereka menarik diri. Akhirnya tinggal tiga pasukan bertanding. Itulah ceritanya bagaimana kami dapat tempat ketiga. Kalau ada empat rumah sukan bertanding acara itu agaknya kami di tempat keempat.

Sejak itu saya tak pernah menyertai acara larian lagi di sekolah. Kemahiran dan kepakaran saya bukan di situ.

Umur tua begini, saya tak pernah sertai maraton. Teringin mahu sertai maraton, entah kenapa hati rasa tak boleh. Minda asyik menayangkan kenangan berlari di sekolah dahulu.

Saya seronok melihat rakan-rakan yang menyertai maraton di sana sini. Menguruskan halangan mental rupanya jauh lebih sukar. Saya tak cuba lagi sertai maraton. Siapa tahu sebenarnya saya boleh kan?

Apa rahsia rakan-rakan yang berlari maraton?
10 km. 21 km. 42 km. Saya kagum dengan orang yang menyertai maraton.

Boleh kongsi motivasi menyebabkan kawan-kawan aktif menyertai maraton? Bagaimana kawan-kawan berlatih untuk maraton? Berlari setiap hari? Makanan yang diambil?
Published inUncategorized

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *