Skip to content

Korban

Hari Raya Korban.

Apa maknanya pada kita?

Setiap tahun kita merayakannya.

Adakah kita merayakannya kerana ianya merupakan salah satu hari besar dalam Islam.

Cukupkah sekadar itu?

Berkorban.

Keluar dari zon keselesaan.

Untuk mengejar kejayaan.

Selama ini kita selesa di satu tempat.

Tidak mahu berubah. Takut untuk bertindak di luar kebiasaan. Itu normal.

Kita takut tersilap. Kita takut melakukan kesalahan.

Sedangkan kalau tidak bergerak, kita tidak akan ke mana-mana.

Apakah ketakutan saya?

Menulis dalam bahasa Inggeris.

Menulis dalam bahasa melayu, saya tidak perlu berfikir terlalu banyak akan ayat dan tatabahasa. Semuanya seperti air yang mengalir. Saya cuma fikirkan isi yang mahu ditulis.

Saya mahu keluar dari zon keselesaan saya menulis dalam bahasa Melayu. Saya mahu menulis dalam bahasa inggeris pula.

Tidak tahu lagi mahu bermula dengan buku apa untuk bahasa inggeris. Tetapi sampai bila saya mahu rasa takut untuk menghasilkan buku dalam bahasa inggeris.

Saya mesti korbankan perasaan takut itu. Perasaan takut yang menghalang saya untuk menghasilkan buku bahasa inggeris.

Doakan saya berjaya korbankan perasaan takut ini dan keluar dari zon keselesaan.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *