Skip to content

Kita umpama durian

dua emp tiga

Tahun lepas saya membeli durian daripada staf di tempat kerja.

Tahun ini saya beli dari staf yang sama kerana duriannya sangat sedap.

Setahun saya menanti durian daripadanya.

Saya beli 3 biji kali ini.

Penantian satu tahun yang berbaloi.

Malam ini buka sebiji durian saja.

Subhanallah, sangat sedap!

Betul-betul rasa durian.

Saya makan banyak malam ini. Selalunya saya makan seulas atau dua ulas. Paling banyak 5 atau 6 ulas.

Malam ini kira banyak iaitu 3 ulas.

Kita ini umpama durian.

Berduri di luar menjadi penghalang untuk mereka yang cuba menyakiti dirinya. Tetap orang membuka dirinya walaupun duri-duri tajam berceracak.

Kita mempunyai perisai untuk melindungi diri daripada terkena kesakitan. Namun tetap juga hati kita tersayat luka, pedih bila mana ada musibah melanda.

Ada yang kata durian baunya harum. Ada yang kata baunya busuk.

Di mana saja ada durian, kita boleh tahu kehadirannya kerana bau yang wangi.

Mereka yang tidak suka dengan durian akan mengelakkan untuk berada di tempat yang ada durian.

Di mana kita berada membawa kegembiraan kepada orang lain. Tetapi ada juga orang yang tidak senang dengan kita.

Rasa yang sedap.

Pahit, manis, berlemak cukup rasa. Makan seulas tidak pernah cukup.

Apa saja yang kita lakukan, ada yang kena di mata orang, mendapat pujian.

Ada juga perbuatan atau percakapan kita yang tak kena di mata orang, dikutuk, diperli hingga kita terduduk.

Kita ini umpama durian. Jadilah durian yang wangi, berlemak, manis dan cukup rasa.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *