Skip to content

Kita & tauge

Perasan tak kita ni macam tauge?

Tauge ni ada orang suka makan. Ada orang tak suka makan.

Saya tak suka tauge. Tapi kalau ada dalam popia atau kerabu saya makan sajalah. Tidak seperti abang saya yang sanggup mengasingkan tauge kalau ada tauge dalam mee. Gigih dia mengasingkan tauge satu persatu kerana dia tak suka tauge.

Ada orang suka makan tauge, seperti emak saya. Kata emak, tak lengkap makan soto ayam kalau tak ada tauge. Wajib ada tauge kalau makan soto ayam. Saya pula, wajib ada begedil.

Ada orang yang tak kisah tauge ada ke tak. Tak menjadi hal. Tauge ada okay, tauge tak ada pun okay. Janji makanan tu boleh dimakan.

Apa signifikan manusia dan tauge?

Kita pun macam tauge.

Ada orang suka kita. Ada orang tak suka kita.

Ada orang boleh hidup tanpa kita. Ada orang yang menganggap kehadiran kita dalam hidup mereka sangat bermakna contohnya anak-anak dan pasangan, ibu bapa kita.

Jadi kalau ada yang tak suka kita, tak payah la ambil hati. Tauge tak ambil hati pun orang tak suka dia.

Kenapa saya membebel pasal tauge hari terakhir Ramadhan ni?

Sebab saya tengah buang ekor tauge.

Kenapalah emak tidak beli tauge yang sudah dibuang ekornya.

Dari tadi saya buang ekor tauge, macam tak luak saja taugenya.

Walaupun saya tak suka tauge dan tak makan tauge, saya tetap buang ekor tauge kerana emak saya suka sangat tauge. Saya buang ekor tauge kerana saya sayangkan emak saya. Petang ini kami mahu makan soto ayam. Emak tak boleh makan soto ayam tanpa tauge.

Apa pula kaitan buang ekor tauge dengan sayangkan emak?

Walaupun kita tak suka satu perkara itu, kita akan buat juga kerana orang yang kita sayang.

Okay, cukup sampai sini kisah saya dan tauge.

P.S : Mudah kan dapat idea? Daripada tauge saya boleh dapat idea untuk tulis. Menjana idea daripada tauge.

Mungkin saya boleh buat cerpen Kerana Sebungkus Tauge atau Tauge & Popia. Kemungkinan itu tidak terhad. Hanya imaginasi kita yang boleh menghadkan idea.

P.S 2 : Bila tauge ni nak habis disiang? Macam tak habis-habis.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *