Skip to content

Kertas

Kertas..
Salah satu barang yang perlu dikemas di rumah ialah kertas.
Kita fikir kertas jumlahnya banyak di tempat kerja. Sedangkan bila kita kemas rumah, sebenarnya jumlah kertas di rumah boleh melebihi jumlah kertas di tempat kerja.
Lebih-lebih lagi untuk seorang penulis seperti saya. Kertas memang banyak di rumah.

Ada orang bertanya, “Kertas apa yang banyak sangat di rumah?”

Dokumen rasmi. Contohnya:

Perjanjian jual beli rumah.

Perjanjian jual beli kereta.

Geran rumah.

Geran kereta.

Surat beranak.

Ijazah universiti.
Sijil sekolah.

Sijil kursus.

Dahulu, semasa zaman online belum meluas lagi, ada pelbagai bil.

Bil telefon bimbit.

Bil langganan perkhidmatan internet.
Penyata bank.
Bil kad kredit.

Mujurlah sekarang bil-bil boleh dilihat melalui online. Jimat kertas.

Kertas bukan dokumen rasmi. Contohnya:

Kertas lukisan.
Pamplet.

Iklan.
Kertas kosong.
Untuk seorang penulis seperti saya sudah tentu kertas yang banyak iaitu kertas tentang bidang penulisan.
Karya yang siap ditulis untuk disemak dan diedit.

Idea yang ditulis di kertas.

Sajak.
Cerpen.
Jadi mahu buat apa dengan semua kertas? Mahu buang atau simpan?

Ada yang boleh dibuang. Ada yang wajib disimpan.

Dokumen rasmi wajib disimpan.

Yang mana harus dibuang?
Published inUncategorized

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *