Skip to content

Kerja sebagai idea

 

Siapa yang selalu bertanya soalan berikut boleh baca status ini.

“Macam mana awak dapat idea untuk menulis? Saya tak tahu apa yang nak ditulis?”

Setiap orang bekerja.

Tidak kira apa pekerjaan anda. Guru, wartawan, pekerja kilang, penjaja tepi jalan, buruh.

Anda boleh jadikan kerja anda sebagai lubuk mendapatkan idea untuk menulis.

Ada yang menyampuk, ” Tapi saya tak bekerja. Saya suri rumah.”

“Yalah, saya pun belum bekerja. Saya sedang belajar lagi.”

Siapa kata anda tidak bekerja. Itu hanya istilah.

Anda bekerja.

Pekerjaan anda ialah suri rumah.

Pekerjaan anda ialah pelajar.

Suri rumah tunduk murung. Pelajar ternganga.

“Apa yang saya boleh tulis daripada buat kerja-kerja di rumah?”

Pelajar menyokong. “Ya tak ya, apa yang saya boleh tulis kalau saya masih belajar lagi. Tak ada pengalaman bekerja lagi.”

Jawapan saya. Banyak.

Topik yang boleh ditulis oleh suri rumah:
– Tips melakukan kerja rumah dengan pantas
– Tips membina keluarga bahagia
– Bagaimana mendidik anak supaya mendengar kata
– Rahsia menambat hati suami supaya setia dengan yang satu
– Resepi masakan hebat untuk selera keluarga
– Mudahnya memasak

Topik yang boleh ditulis oleh pelajar:
– Petua pelajar cemerlang
– Cemerlang akademik, terbaik dalam ko-kurikulum
– Rahsia menawan hati sahabat
– Tips menguasai bahasa Inggeris dalam masa satu bulan
– Skor dalam peperiksaan walaupun belajar saat terakhir

Saya menjadikan kerja saya sebagai lubuk idea untuk menulis. Anda boleh melakukannya juga.

Published instetoskop & penTip penulisan

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *