Skip to content

Kerana sebuah janji

“Uhuk! Uhuk!” Yusof batuk.

Beberapa ayat dia bercakap kemudian dia batuk lagi.

Hari ini Yusof tak sihat. Tapi dia gagahkan diri menyampaikan lecture bertajuk ‘Disaster’.

Saya jeling dengan ekor mata. Pelajar AEMTC khusyuk memberi tumpuan kepada apa yang disampaikan oleh Yusof.

Tajuk yang menarik. Ada di antara mereka yang tidak pernah mendengar lecture ini, maka mereka tampak sangat berminat.

Ramai yang pernah mendengar ‘lecture’ mengenai ‘Disaster’ tapi tetap bersemangat memberi perhatian.

Giliran Azim pula.

Azim pun tidak sihat. Baru menelan ubat sebelum datang ke kolej.

Katanya kerana dia tidak sihat, maka dia tidak akan kerap bertanya soalan kepada para pelajar.

Tetapi nampaknya dia tetap gigih bertanyakan soalan. Dan pelajar menjawab setiap soalan yang diberikan.

Saya duduk diam-diam di kerusi. Giliran saya pertama sekali hari ini. Selepas itu tiada lagi ‘lecture’ saya. Petang, skill station.

Duduk diam-diam tetapi sakit di belakang masih ada. Cuma hari ini sudah berkurangan. Boleh bangun dan duduk tanpa berasa terlalu sakit sepertimana hujung minggu tempohari. Sakit kepala pun sudah beransur kurang.

Kenapa sakit? Itulah, kadang-kadang doktor hanya pandai menjaga kesihatan orang lain. Diri sendiri tidak terjaga.

Ada masanya kita tidak tahu kawan kita OK atau tidak OK. Kerana dia menyembunyikannya dengan senyuman. Dia menyorok di sebalik keriangan.

Tanya khabar, kamu sihat?

Kamu OK?

Bong Dal Hee pun begitu. Kesihatannya tidak berapa bagus selepas pembedahan akibat ditikam penjenayah, namun dia tetap bekerja kerana dia sudah berjanji untuk menjadi doktor yang baik, yang menjaga setiap pesakitnya.

Walaupun puas An Jung Keun mahu dia membuat pemeriksaan dan berehat sekiranya tidak okay, Dal Hee berkeras mengatakan dia tidak apa-apa.

Kerana sebuah janji.

Ya kerana sebuah janji, kita kuatkan semangat. Kita tetap datang walaupun kalau ikutkan hati mahu berehat.

Kerana kita sudah berjanji.

Kerbau diikat pada talinya. Manusia dipegang pada janjinya.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *