Skip to content

Kenapa saya tak minum kopi

Orang yang mengenali saya tahu bahawa saya seorang yang tidak minum kopi atau nescafe. Saya hanya minum kopi kalau itu minuman yang dihidangkan oleh tuan rumah, sekadar menghormati tuan rumah yang bersusah-payah menghidangkan minuman untuk tetamu.

Tetapi dalam kehidupan seharian, saya akan pilih minuman lain selain kopi. Teh, milo, sirap, sirap bandung soda, coke. Bagilah apa saja kecuali kopi.

Ada yang hairan dan bertanya kenapa saya tak minum kopi.

Jawapan yang saya berikan bila orang bertanya soalan itu akan membuatkan orang terdiam dan memandang saya sekali lagi seperti jawapan yang saya berikan sangat pelik.

Mahu tahu apa jawapan saya?

Jawapan saya : Kehidupan ini sudah cukup pahit, kenapa saya harus minum kopi yang pahit?

Ada yang membalas balik, bukan semua kopi pahit. Kopi starbuck sedap.

Saya cuma tersenyum.

Pilihan masing-masing. Anda mahu minum kopi, saya cukup dengan air kosong saja.

Sama juga dengan membaca buku. Ada yang membaca kerana mahu melegakan tekanan yang sarat berkumpul dalam kepala.

Sebab itu ada syarikat penerbit novel yang memberi syarat supaya ending novel mesti berakhir dengan happy ending. Kerana itu yang pembaca mahukan, itu yang pembaca suka.

Kehidupan sebenar adakalanya menyakitkan. Membaca novel menjadi satu tempat untuk melarikan diri dari realiti yang pedih.

Alasan saya membaca novel : Saya suka berangan-angan. Melalui pembacaan novel saya boleh berangan sepuas-puasnya.

Pelik ke alasan saya? Sama pelik dengan sebab saya tidak minum kopi?

Setiap yang kita lakukan atau tidak lakukan pastinya bersebab. Jarang sesuatu terjadi tanpa ada alasan.

Saya suka baca buku cerita seram dan menonton filem seram tetapi saya tahu saya tidak akan sesekali menulis buku hantu atau skrip filem hantu.

Cukuplah saya baca siri novel Jangan Baca Novel Ini yang ditulis oleh Ismi Fa Ismail. Saya suka dengan trilogi siri itu. Tahniah kepada penulisnya. Saya menanti buku beliau yang seterusnya.

Tetapi saya tahu tidak akan menulis buku begitu kerana saya penakut orangnya.

Tahu apa yang kita suka atau tidak suka. Mengerti apa yang kita mampu buat atau tidak akan buat.

Cukuplah itu untuk menjadi seorang penulis.

‪#‎stetoskopdanpen‬

P.S: Terima kasih kepada teman yang pinjamkan novel ini kepada saya. smile emoticonSemoga kamu dapat jodoh suami yang paling sweet.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *