Skip to content

Kenapa perlu ada ujian

Hari ini berkongsi ilmu dengan pelajar AEMTC di KSKB.

Trauma Life Support.

Kursus bermula hari ini dan akan berakhir pada hari Rabu.

Bermula dengan ‘lecture’ untuk topik-topik dan diikuti sesi praktikal pada waktu petang. Begitu juga jadual pada hari kedua.

Lecture hari ini:
Initial assessment and management of polytrauma.
Airway management.
Head trauma.
Thoracic trauma.
Musculoskeletal trauma.
Shock.
Spine and spinal cord injuries.

Hari ketiga diisi dengan peperiksaan teori dan megacode.

“Kenapa perlu ada ujian?”

“Tak bolehkah belajar saja tanpa ada ujian?” Seorang pelajar bertanya.

Ya, mengapa perlu ada ujian ya.

Perlukah saya jawab soalan itu?

Sebenarnya kalau kita fikirkan, hidup ini juga merupakan satu ujian. Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita adalah ujian.

Kesenangan ialah ujian.

Kesusahan ialah ujian.

Cuma bagaimana kita mentafsirkan ujian itu.

Dan bagaimana kita menangani setiap ujian.

Itulah yang akan membentuk diri kita. Sama ada kita akan semakin kuat dan cekal dengan ujian yang dihadapi. Atau kita akan lemah dan mengalah apabila tidak tahan berhadapan dengan ujian.

Sama ada ujian akan mendekatkan kita dengan-Nya atau menjauhkan kita daripada-Nya.

Apakah yang akan kita lakukan jika buntu berdepan dengan ujian?

Minta pertolongan. Minta pertolongan daripada orang yang boleh memberikan bantuan. Minta pertolongan daripada-Nya.

Bersikap positif dalam menerima ujian. Senyum walau dalam hati Tuhan saja yang tahu.

Tapi kalau mahu menangis pun tidak salah. Cuma jangan sampai buta mata macam Kasim Selamat.

Jadi kepada pelajar yang bertanya itu, jawapan saya adalah: Kalau tak ada ujian, adakah kamu akan belajar dengan betul-betul? Bagaimana mahu menguji kefahaman kamu? Benar-benar faham atau masuk telinga kanan keluar telinga kiri?

Kalau tak faham, jangan segan bertanya. Kami bukannya makan orang. Kami makan nasi.

Kita berkongsi ilmu. Dan apabila kamu sudah tahu, kamu akan berkongsi pula ilmu itu dengan orang lain.

Kamu akan kembali ke hospital masing-masing. Kongsi ilmu dengan doktor junior, PPW, staf nurse junior atau staf senior yang tiada ilmu ini. Sebarkan ilmu yang telah dipelajari.

Sekian untuk hari ini. Kita sambung kursus esok.

P.S: Jangan segan meminta tolong apabila menerima ujian.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *