Skip to content

Kembali ke realiti

Dua belas hari yang lalu telah menjadi penutup yang indah untuk 2015.

Scuba diving dan bercuti di Manana Resort diikuti Internet Mastery Retreat di Da Nang.

I couldn’t ask for more.

Walaupun KPI diving saya tersasar, dapat jugalah diving pada tahun ini.

Menemui rakan-rakan baru dari 20 buah negara dan mendengar perkongsian ilmu daripada Peng Joon dan Joel.

Satu perkara yang saya dapat simpulkan daripada dua orang speaker hebat ini:
Jika anda mencintai apa yang anda lakukan, anda akan memberikan yang terbaik. Passion mereka begitu jelas. Mereka sangat suka dengan apa yang mereka lakukan.

Saya gembira dapat baca beberapa buah buku dan novel.

1. Rindu Dalam Sepi

2. Awek Buku & Cornflakes Madu

3. Leaving Microsoft to Change The World – John Wood

Membaca buku ini buat saya mahu ikut jejak langkah John. Tetapi bukanlah buat Room to Read. Mungkin saya boleh buat Room to Write. Seterusnya saya hasilkan buku Leaving Hospital to Change….

4. Until I Say Good Bye: My Year of Living with Joy – Susan Spencer-Wendel with Bret Witter

Kalau tidak sedih selepas membaca buku ini memang tidak ada hati dan perasaan.

Pada awalnya, penulis tidak dapat menerima takdir hidupnya iaitu tiada penawar untuk penyakitnya. Namun selepas dia menerima hakikat yang pedih ini, dia bertekad menghabiskan masa yang ada dengan melakukan perkara yang menggembirakan yang akan menjadi kenangan kepada orang yang ditinggalkan.

5. Freelance Writer’s Handbook – Andrew Crofts

Buku ini seperti mentol yang menyala tiba-tiba dan tidak padam-padam. Berturut-turut ilham datang ketika membaca setiap bab.

Mereka yang mahu menjadi penulis atau sudah bergelar penulis disyorkan membaca buku ini jika mahu meneroka lebih banyak idea penulisan. Pelbagai idea yang diberikan oleh Andrew dalam buku ini.

Sanggup saya tidak tidur dalam kapal semata-mata mahu habiskan bacaan.

6. Ghostwriting (Writing Handbooks) – Andrew Crofts

Buku ini untuk sesiapa yang mahu jadi ghost writer.

Saya mahu jadi ghost writer. Tetapi idea sendiri banyak lagi yang belum ditulis. Jadi buat masa ini tak dapatlah menjadi ghost writer.

7. Open the Window, Eyes Closed – Nguyen Ngoc Thuan

Kisah penulis semasa zaman kanak-kanak. Ditulis daripada sudut pandangan anak kecil. Ringkas gaya penceritaan tetapi berjaya menyentuh hati saya.

Kisah temannya nyaris-nyaris mati selepas dipatuk ular benar-benar buat saya sedih.

Bagaimana dengan rakan-rakan yang lain?

Semoga mendapat apa yang diinginkan semasa 2015 dan memperolehi perkara yang lebih baik lagi daripada tahun sebelumnya.

Yang penting, bahagia dengan kehidupan masing-masing.

Bahagia pada saya, dapat baring dalam hammock baca novel tepi pantai.

P.S : Terimakasih kepada Fizah dan Sa’adah yang menemankan saya dalam cuti kali ini.

Kredit gambar kepada Hafizah ZA (pemilik kamera) dan jurugambar Syed Hafiz.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *