Skip to content

Kek pisang

 

Perbualan tentang kek pisang dalam kumpulan whats app kawan sekolah menengah mengingatkan saya pada kehidupan dulu yang ringkas.

Dahulu keinginan yang cukup tinggi ialah kek pisang. Di sekolah asrama dapat setin biskut yang pelbagai jenis rupa dan rasa sudah cukup untuk menggembirakan saya.

Sekarang kek pisang tak masuk dalam senarai. Sebaliknya sushi, red velvet cake, pavlova, bibimbap dan pelbagai lagi.

Saya teringat saya begitu menginginkan sehelai jaket. Emak memberikan jaket lain, tidak serupa dengan apa yang saya mahukan.

Sekarang 10 helai jaket pun saya mampu beli.

Tetapi kenapa masih rasa tidak puas hati.

Agaknya begitulah hidup.

Semakin kita meningkat usia dan taraf kehidupan, keinginan dan citarasa berubah seiring dengan peredaran zaman.

Kek pisang dan jaket tidak menggembirakan saya lagi.

Saya tahu sebenarnya mudah untuk saya berpuas hati dengan apa yang ada.

Sama ada saya mempunyai kemampuan untuk melunaskan keinginan saya atau saya tidak mempunyai kehendak yang banyak.

Saya cuma perlu pilih salah satu saja.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *