Skip to content

Kedai buku di Da Nang

 

Kalau sudah namanya penulis, tak sah berjalan kalau tak cari kedai buku.

Di Da Nang pun, gigih saya dan Sa’adah mencari kedai buku.

Di Big C Supermarket, buku dijual dalam bahagian pasaraya.

Manakala di Lotte Mart, kami terjumpa sebuah kedai buku.

54 55

Buku-buku di sini dalam bahasa ibunda mereka. Hendak mencari buku Bahasa Inggeris amat sukar. Mereka menterjemah buku bahasa asing ke bahasa ibunda. Banyak peluang kerja untuk penterjemah nampaknya.

Semasa mahu ke Han Market, dalam perjalanan Sa’adah menemui kedai Book Zone.

Sa’adah berjaya membeli sebuah buku Vietnam yang telah diterjemah ke bahasa Inggeris.

57

Open The Window, Eyes Closed.

Vua nham mat vua mo cua so. Pengarangnya Nguyen Ngoc Thuan.

Kulit buku di sini tampak mendamaikan. Tenang bila kita membelek-belek setiap buku. Mungkin boleh ditiru untuk buku di Malaysia.

52 56

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *