Skip to content

Kawan menulis

Bila ada kawan menulis, kita lebih semangat untuk menulis.

Tambahkan kenalan penulis, penerbit, editor dan siapa saja yang berminat dengan dunia penulisan. Ini akan menyemarakkan penulisan anda dan membuatkan motivasi anda untuk menulis terus subur.

Menulis semakin merapatkan persahabatan kami yang sudah sedia erat. Penulisan menyebabkan saya lebih banyak bertemu dengannya.

Dahulu saya di Kuala Lumpur dan dia di Shah Alam, namun boleh dibilang dengan jari berapa kali kami bertemu. Tetapi sekarang walaupun dia di Johor Bahru dan saya di Kota Kinabalu, saya lebih kerap bertemu dengannya. Boleh dikatakan hampir setiap bulan.

Terima kasih Norsa’adah Ahmad kerana menjadi sahabat menulis yang baik. Moga persahabatan yang terjalin terus kukuh dan kerjaya penulisan kita semakin berkembang.

Siapa kawan menulis anda?

P.S: Tahniah kepada Norsa’adah di atas kelahiran buku kedua beliau. Topik GST memang hangat sekarang. Saya percaya buku beliau akan menjadi best-seller.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *