Skip to content

Kau bawa playboy, aku bawa duda

Tajuk posting facebook yang kontroversi pada hari ini.

Hahahahaha….

Jangan lupa dinner malam ini.

Kau bawa playboy, aku bawa duda.

Mesej antara saya dan WaWa Is.

Apakah perkara pertama yang terlintas dalam fikiran anda apabila membaca mesej seperti dalam gambar di bawah?

Pasangan mereka playboy dan duda ke?

Mahu bawa pasangan playboy dan duda ke majlis makan malam?

Ada masanya kita hanya nampak luaran tetapi tidak tahu dalaman.

Kita menilai mengikut mata kita tanpa mengetahui apa yang tersirat di sebaliknya.

Kita melihat doktor itu bermuka serius dan tidak mahu senyum sedangkan dia memikirkan pesakit myocardial infarction (serangan jantung) yang baru saja meninggal dunia setelah resusitasi dilakukan sehabis baik.

Kita sakit hati kerana staf di kaunter triage tidak senyum walhal mereka kepenatan kerana bekerja tanpa henti dua syif. Manusia normal mana yang mampu senyum kalau pukul lima pagi dan mengadap pesakit yang datang sekadar mahu dapatkan MC kerana tidak mahu bekerja keesokan harinya.

Kita marah-marah melihat jururawat duduk mengadap komputer dan menyangka dia melayari media sosial sedangkan dia memasukkan data pesakit ke dalam komputer.

Kita tidak berpuas hati melihat doktor dan jururawat duduk berkumpul di kaunter. Hakikatnya mereka baru saja bertungkus-lumus menyelamatkan sekeluarga yang kemalangan.

Kita menjerkah doktor yang lambat melihat anak kita sedangkan kes anak kita bukan kecemasan malahan tidak sedar diri bahawa kita menyalahgunakan jabatan kecemasan.

Bukan di hospital saja keadaan ini berlaku. Di mana-mana juga.

Di pejabat anda juga.

Di sekolah.

Saya hanya bentangkan situasi di hospital kerana itu yang saya tahu. Saya tidak akan nyatakan situasi di sekolah kerana saya bukan guru. Dan juga jabatan kerajaan yang lain.

Berbalik pada tajuk di atas. Jika anda mengenali saya dan kawan saya, pasti boleh meneka apakah mesej kami ini.

Ya, kami berdua penggemar novel.

Kami mahu bertukar novel yang dimiliki.

Saya mahu baca Tundukkan Playboy Itu manakala Azwa mahu baca Aku Dipinang Duda.

Itulah kisahnya.

Sekian.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *