Skip to content

Karam hati ini

Karam hati ini dibuatnya menonton cinta Hayati dan Zainudin yang tidak kesampaian dalam filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Cinta bukan mengajar kita untuk menjadi lemah tetapi membangkitkan kekuatan.

Zainudin bangkit meneruskan perjuangan menjadi penulis setelah cintanya dikecewakan. Pernikahan Hayati dan Aziz menutup ruang untuk dia bersama wanita yang dikasihinya.

Buku-buku yang ditulisnya laris dan membuatkan pembaca terkesan dengan cerita yang dinukilkannya.

Kali kedua ditinggalkan Hayati selepas tenggelam dalam kapal membuatkan Zainudin bangkit lagi.

Katanya buku itu bukan kisah cinta antara dia dan Hayati sebaliknya kisah orang yang bangkit selepas jatuh. Walaupun tersungkur buat kali kedua, tetap bangkit lagi dan tidak pernah mengalah dengan kejatuhan yang dialami.

Apa pengajaran cerita ini?

Kita boleh menjadi penulis yang hebat hanya setelah gagal dalam percintaan?

Tidak.

Usah berputus asa walau berapa kali pun kita tersungkur jatuh. Apa yang penting kita tetap bersemangat untuk bangkit semula.

Published instetoskop & pen

One Comment

  1. Adah Adah

    Ada pun ayatnya di sini. Filem mesti tonton!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *