Skip to content

Kapal di dasar laut

 

Hari ketiga di Manana Resort, kami menyelam di kawasan tempat tinggalan kapal.

Jarang-jarang melakukan deep dive dan wreck dive. Ini kira dua dalam satu.

Kedalaman 30 meter.

Melihat bangkai kapal yang bersemadi di bawah laut membuatkan saya terfikir apakah yang berlaku pada waktu itu.

Bagaimana agaknya perasaan anak-anak kapal apabila kapal tenggelam ke dasar laut?

Apakah perasaan mereka di ambang maut?

Ya, cerita yang tidak ketahuan. Kerana telah terkubur di lautan. Tiada siapa yang tahu bagaimana saat-saat akhir mereka.

Hendak turun ke bawah pun bukannya mudah. Apex, dive master kami menurunkan sauh yang diikat dengan tali. Kami turun berpaut pada tali kerana arus deras.

Selesai selaman, sauh dan tali harus diangkat ke atas. Bukan satu tugas yang mudah juga rupanya.

Apex gerak-gerakkan bot, cuba untuk melonggarkan sauh yang melekat pada bangkai kapal. Namun setelah beberapa ketika, usahanya tidak berjaya.

Akhirnya dua orang rakan Apex terpaksa turun ke bawah untuk membuka dan menaikkan sauh itu.

Untuk melakukan satu wreck dive (plus deep dive) di sini bukannya mudah. Usaha daripada dive master yang bekerja keras memastikan selaman ini membuahkan hasil.

Ada cerita di sebalik setiap selaman. Cerita sebelum, semasa dan selepas selaman. Cerita yang disampaikan. Cerita yang tersurat. Cerita yang tersirat. Seperti kisah kehidupan kita.

Sedikit yang orang tahu mengenai diri kita. Sebenarnya banyak lagi sisi diri kita yang tidak diketahui oleh orang lain. Oleh itu, tidak seenaknya menghakimi orang hanya dengan melihat sisi yang sedikit. Jujurnya kita tidak mengetahui cerita sebenarnya.

Dua kapal lagi menanti kami untuk selaman seterusnya.

Manana resort, tahun depan kami datang lagi.

P.S : Terima kasih kepada Manana Resort dan staff yang sudi menerima kehadiran kami.

P.S 2: Terima kasih kepada Apex daripada Bigfin Divers yang membawa kami menyelam sepanjang percutian kami di sana.

‪#‎stetoskopdanpen‬

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *