Skip to content

Jelajah Dua Penulis

Saya sedang dalam proses membaca Packing Light. Belum habis baca lagi. Tapi keberanian Ally dan temannya, Sharaya menjelajah 50 buah negeri dengan memandu kereta telah memberi inspirasi kepada saya.

Saya bayangkan saya bersama Norsa’adah Ahmad menjelajah Semenanjung Malaysia dengan memandu kereta. Kami pergi ke sekolah, kolej dan universiti untuk memberi ceramah dan mengendalikan bengkel penulisan. Dalam masa yang sama kami menjual buku-buku sendiri.

Kami akan singgah di beberapa sekolah di setiap daerah yang kami kunjungi. Kami akan hubungi sekolah-sekolah untuk tetapkan jadual lawatan. Tidak lupa, kami akan melawat tempat-tempat menarik yang ada di satu-satu tempat.

Selain itu, kami akan menulis blog mengenai perjalanan kami dan menghasilkan buku travelog susulan trip ini.

Dalam kereta yang menjadi kenderaan utama untuk penjelajahan kami akan dimuatkan serba-sedikit makanan pengalas perut dan pakaian untuk ditukar ganti. Buku-buku diletakkan di bonet. Sekiranya buku habis kami akan pergi ke KL untuk mengambil stok buku baru, kemudian kami meneruskan perjalanan.

Kami tidak cerewet mengenai makanan. Asalkan halal dan mengenyangkan, itu sudah mencukupi. Untuk tempat tidur, diminta jasa baik kawan-kawan yang ada di satu-satu tempat untuk menumpangkan kami bermalam atau kami tidur di hotel bajet.

Oh, indahnya jika menjadi kenyataan.

Berangan-angan itu percuma. Siapa tahu angan-angan dan impian ini akan menjadi kenyataan, semua dengan keizinan-Nya.

P.S : Ada mana-mana sekolah mahu menjemput kami bercakap? (Topik penulisan dan kewangan)

P.S 2: Ada rakan-rakan yang bermurah hati untuk menumpangkan kami bermalam?

 

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *