Skip to content

Jangan cari masa tetapi cari mengapa

Melihat gelaran doktor di depan nama saya membuatkan orang menyangka bahawa saya merupakan pemegang PhD. Secepatnya saya menafikan.

Tidak. Saya tak pernah ambil PhD. Saya cuma ada ijazah sarjana saja. Tetapi saya dipanggil doktor kerana itu merupakan profesion saya.

Soalan yang kerap ditanya kepada saya apabila mereka mengetahui saya merupakan seorang doktor sepenuh masa adalah:

“Bagaimana doktor mencari masa untuk menulis?”

Sebenarnya soalan yang ditanya kurang tepat.

Apabila kita ingin melakukan sesuatu, sama ada menulis, menjalankan perniagaan internet, melukis atau apa saja, bukannya bagaimana untuk mencari masa.

Sebaliknya kita harus mencari jawapan mengapa kita mahu melakukannya.

Saya mahu melakukannya kerana ingin berkongsi apa yang ada dalam fikiran saya dengan orang lain.

Saya mahu membuatnya kerana itu adalah perkara yang memberi kegembiraan kepada saya.

Saya menulis kerana mahu tulisan saya menjadi bekalan untuk saya apabila sudah tiada kelak.

Kalau jawapan kita kuat, punca mengapa kita melakukannya sangat kukuh, maka kita akan mempunyai masa untuk melakukannya.

You will have the time to do the things you really want to do.

Published instetoskop & penTip penulisan

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *