Skip to content

Iri hati yang positif

Tahniah kepada sahabat baik saya, Norsa’adah Ahmad.

Hari ini saya tumpang gembira di atas kelahiran buku kedua beliau. Buku ketiga akan menyusul tidak lama lagi. Begitu cepat beliau menghasilkan dua buah buku berkenaan GST.

Saya menemankan beliau mengambil buku di pejabat penerbit pagi ini.

Memang teruja setiap kali mengambil buku di pejabat penerbit. Saya tahu perasaan itu kerana itulah juga yang saya alami.

Kalau mahu jadi penulis, berkawanlah dengan penulis. Kita tumpang gembira apabila rakan penulis berjaya mengeluarkan karya baru. Kejayaan mereka akan mendorong kita untuk lebih rajin menulis.

Iri hati yang positif.

Saya doakan buku beliau menjadi buku best seller. Buku ini akan menjadi rujukan kepada masyarakat untuk mengetahui tentang GST.

Saya mengaku saya sendiri tidak tahu apa-apa tentang GST. Saya menunggu buku beliau kerana buku-buku GST yang lain ditulis dalam bahasa Inggeris.

Kekuatan beliau ialah kewangan. Maka beliau tidak menghadapi masalah besar untuk menghasilkan buku berkaitan kewangan.

Apakah kekuatan anda?

Dalam bidang apa?

P.S: Jika berminat mendapatkan karya beliau, boleh hubungi beliau.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *