Skip to content

Internet marketing atau motivasi

Alhamdulillah. Selesai sudah kursus 3 hari Internet Marketing bersama Peng Joon. Kursus yang padat dengan ilmu dan perkara yang saya tidak faham selama ini.

Saya sering cepat mahu mengalah kalau berhadapan dengan masalah yang melibatkan komputer dan perkara teknikal berkaitan internet. Apabila Peng Joon menerangkan satu persatu dengan sabar, sebenarnya perkara itu tidak susah kalau tahu caranya.

Hanya ikut langkah-langkah yang diberikan, segala-galanya terasa mudah.

Memang benar, kena berguru dan cari ilmu kalau mahu tahu sesuatu perkara. Bukannya tak boleh cari sendiri. Adakalanya ianya memakan masa yang lama dan boleh membuatkan kita putus asa atau mengalah di tengah jalan.

Saya berada dalam dilema ketika mahu pergi ke kursus ini kerana saya sudah menghantar nama kepada penganjur trip Maliau Basin. Maliau Basin antara tempat yang saya mahu pergi di Sabah. Namun apabila terpaksa memilih sama ada Maliau Basin atau seminar Peng Joon, saya benar-benar buntu.

Dalam beberapa minit saya harus membuat keputusan.

A quick decision has to be made.

Akhirnya saya pilih untuk mengikuti seminar Peng Joon. Saya tidak menyesal kerana membuat keputusan ini.

Saya dapat belajar ilmu yang tidak diketahui selama ini. Saya jumpa kawan-kawan baru.

Malah Peng Joon bukan setakat berkongsi ilmu pemasaran internet, malah dia turut menyampaikan kepada para peserta bagaimana mahu menjadi orang yang berjaya dalam hidup. Sikap dan sifat mereka yang berjaya.

What is the difference between successful people and non-successful people.

Peng Joon yang menjadi figura terkenal dalam bidang internet tidak pernah menyesali laluan hidupnya. Beliau mendapat keputusan yang buruk semasa pengajian di universiti menyebabkan beliau harus membayar semula biasiswa pelajaran dan gagal mendapat kerja dengan gaji yang bagus.

Kata Peng Joon, beliau tidak akan menukar satu apa pun pengalaman yang dilaluinya kerana itulah yang mencorakkan dirinya sebagaimana beliau sekarang.

P.S : Saya tetap menyimpan hasrat mahu ke Maliau Basin. Sesiapa yang ada menganjurkan trip seterusnya ke Maliau Basin, ajaklah saya.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *