Skip to content

Ingat jasa (fin kuning)

Kalau kita lihat dalam buku biasanya ada ruang penghargaan. Kepada siapa buku ini kita dedikasikan dan orang yang banyak membantu di belakang tabir sehingga terhasilnya buku kita.

Mengambil tema penghargaan dalam buku, saya terpanggil untuk menulis sedikit sebanyak berkenaan insan yang berjasa dalam hidup saya kerana dalam hidup kita ini ada banyak insan yang berjasa kepada kita.

Tulisan ini terhasil selepas salah seorang sahabat berkunjung ke rumah saya dan menemankan saya pada hujung minggu.

Terima kasih mak, babah, abang dan adik-adik:
kerana menyayangi saya tanpa syarat dan sentiasa berdiri di belakang saya tak kira apa pun yang berlaku.

Terima kasih Miyul:
kerana menceriakan hati Mak Ngah dengan kehadiran Miyul di muka bumi ini.

Terima kasih Fizah kerana:

1) menemankan saya semasa housemate saya mendaki Gunung Kinabalu
2) membantu saya memasang rak buku
3) mengulangkaji cranial nerve dan dengue management
4) menolong saya membuat kek aiskrim vanila oreo (walaupun hasilnya tak menjadi, kita tetap happy)

Terima kasih Saadah kerana:
menjadi rakan menulis yang baik dan sahabat sekolah sejak usia kita 13 tahun.

Terima kasih Afidzah:
kerana menjadi rakan serumah yang penyabar terhadap saya yang malas mengemas rumah.

Terima kasih Cikenet Crew – Hafizah, Azlean dan Hazwah
Bergembira dan bersedih bersama saya sejak saya masuk Master di UM hingga sekarang bila kita dah bergelar EP.

Terima kasih rakan-rakan KTAM:
Whats app group KTAM berjaya menghiburkan hati saya yang sedang dalam kesedihan ketika itu.

Terima kasih kawan-kawan sekerja di Sabah:
Kerana memudahkan urusan kerja saya di Sabah dan menolong dalam kehidupan seharian saya di sini.

Terima kasih rakan-rakan di UM:
Dari 1998 hingga sekarang, ada di antara kamu yang tetap menjadi sahabat baik saya hingga sekarang, Has, Afidzah, Jaki, Nisak, Gembit dan ramai lagi yang tak mampu saya sebutkan namanya di sini.
Malah ada yang baru bertemu muka semula namun seperti baru semalam kita berpisah.

Terima kasih cikgu dan pensyarah di sekolah dan universiti:
Tanpa ilmu yang cikgu dan pensyarah berikan, saya tidak akan menjadi sepertimana saya sekarang ini.
Seorang doktor pakar, seorang penulis dan yang lebih penting menjadi seorang manusia.

Terima kasih rakan-rakan sekerja di HSA dan PPUM:
kerana menolong saya semasa waktu kerja dan di luar waktu kerja.
Kamu semua rakan-rakan yang baik.

Terima kasih rakan-rakan penulis di facebook atau luar facebook:
Kerana mendorong saya untuk terus menulis dengan baik dan berkongsi ilmu yang masing-masing ada.

Terima kasih kepada pembeli dan pembaca buku-buku saya:
Di atas kepercayaan yang diberikan kerana membeli dan membaca buku-buku saya. Saya memang sangat terharu di atas kesudian kamu semua mengeluarkan wang poket untuk membeli buku saya dan kemudiannya memperuntukkan waktu untuk membaca buku yang saya tulis.
Saya sangat hargai kamu semua.

Kenapa gambar yang ditunjukkan ialah fin kuning?

Apa kaitan gambar fin kuning dengan tema ‘ingat jasa’?

Saya ingat jasa Apek yang menolong menyelamatkan fin kuning saya.

Kalau Apek tidak bertindak cepat terjun masuk ke dalam laut menyelamatkan fin saya, melayang duit saya untuk membeli fin baru dan pastilah emosi saya tercedera kerana fin kuning ini memang saya sayang.

Bertemu semula Apek di Manana Resort, Sabah mengingatkan peristiwa ‘fin rescue’ di Pulau Perhentian, Terengganu. Ayat pertama yang tercetus ketika kami bertembung semula, “Fin kuning?”

Apek tergelak. Saya tergelak sama.

Tidak kira besar atau kecil jasa orang pada kita, tetap akan tersemat dalam ingatan.

Published inpenghargaanstetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *