Skip to content

Ilmu Pelita Hidup

seksek 3

Menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Sri Amar mengingatkan saya pada kenangan yang ditinggalkan.

Di sini saya bermain galah panjang setiap hari pada waktu rehat.

Di sini saya bermain cop tiang dengan kawan-kawan.

Zaman kanak-kanak yang penuh keriangan.

Ketika lagu sekolah dinyanyikan oleh murid-murid, spontan saya terkenang bagaimana saya berdiri sewaktu perhimpunan menyanyikan lagu yang sama.

Ilmu pelita hidup….

Lirik seterusnya saya sudah lupa.

Ah, kenangan sememangnya indah.

Hari ini saya kembali bukan sebagai pelajar atau sebagai ibu pelajar, tetapi hadir sebagai bekas pelajar.

Mengendalikan sesi motivasi untuk pelajar tahun 4 dan 5. Pelajar tahun 6 ada program sendiri.

Hmm… berpeluh saya ketika bercakap di depan 200 orang pelajar. Berpeluh bukan kerana apa, tetapi sukar rupanya mahu menarik perhatian budak sekolah rendah.

Semalam di SMKA JB saya tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan tumpuan daripada pelajar-pelajar. Hari ini keadaan berbeza sama sekali.

Saya bercakap di depan, mereka sibuk bercakap dengan kawan-kawan di belakang.

Ada yang minat mendengar dan rajin menjawab, tak dinafikan. Tapi jumlah yang memberi perhatian sama banyak dengan jumlah yang bermain-main dengan rakan.

sek 2sek 4

Akhirnya saya panggil beberapa orang ke depan. Saya tanyakan cita-cita mereka.

Izzat mahu jadi doktor.

Amira mahu jadi cikgu

Airil mahu jadi pemain bola sepak.

Syafiq mahu jadi tentera laut.

Tetapi Nasha buat saya tergamam.

Kata Nasha, dia menghidap penyakit jantung berlubang. Kekerapan berulang-alik ke hospital berjumpa doktor membuatkan dia kagum dengan doktor.

Ya, Nasha mahu jadi doktor kerana dia suka melihat doktor merawat orang sakit.

Dia mahu menolong orang sakit sebagaimana doktornya menolong dia.

Kawan-kawan saya yang kerja doktor, sila ambil perhatian. Kadang-kadang kita tidak sedar perkara kecil yang kita lakukan memberi impak kepada orang lain.

Sebagaimana doktor yang merawat Nasha memberi kesan kepada Nasha sehingga dia menyimpan hasrat untuk menjadi doktor.

Mereka ini malu-malu dipanggil ke depan. Tetapi bila saya umpan dengan buku berebut yang mahu menawarkan diri.

Ada yang dapat menghafal ciri-ciri orang yang berjaya yang saya berikan secara spontan.

1. Berani
2. Tidak putus asa
3. Mempunyai impian atau cita-cita
4. Berfikiran positif
5. Berusaha

Semoga mereka berjaya menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara walau apa juga cita-cita dan impian mereka.

P.S : Seterusnya, sekolah mana pula Norsa’adah Ahmad?

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *