Skip to content

Hutang menulis

Bahagian I

Hujung minggu begini status saya bertukar daripada doktor kepada penulis.

Saya jadi penulis sepenuh masa hari Sabtu dan Ahad serta hari cuti umum. Hari kerja status saya sebagai doktor di jabatan kecemasan.

Hari ini hari Sabtu membuatkan saya menyemak kembali kerja-kerja penulisan yang sedang dan mahu dibuat.

Projek penulisan bersama Norsa’adah Ahmad

1. Ebook Berjaya, Kaya & Ternama – sudah siap dan boleh dibeli. (PM saya atau Norsa’adah jika berminat membeli)

2. Melbourne & Sydney dalam 10 Hari (fasa perbincangan dengan pihak pencetak)

3. Buku kedua (tajuk rahsia buat masa ini)

4. Catatan Dua Penulis Newbie

Projek penulisan persendirian

1. Buku kelima untuk Truewealth – masih mencari mood untuk menulisnya

2. Dari Doktor Kepada Doktor – coretan untuk rakan-rakan doktor

3. Diari Seorang Houseman – pengalaman semasa menjalani housemanship

4. Ingin Jadi Doktor, Baca Buku Ini! – untuk pelajar perubatan dan mereka yang mahu jadi doktor

5. Kerana Bossku Mr Purple

6. Adik Manis Vs Abang Sado

Mana satu yang anda mahu saya tulis dulu?

Bahagian II

Saya ada hutang dengan rakan facebook (pelajar perubatan) yang meminta saya menulis tentang:

1. Tips belajar
2. Tips menghadapi peperiksaan.

Sabar ya. Sedang merangka apa yang hendak ditulis.

P.S: Gambar menunjukkan penulis sedang mencari ilham hingga tersesat ke negara lain.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *