Skip to content

Hujung minggu di Grace Ville

Selesai Manana dan Da Nang, saya menyambung percutian di Grace Ville. Tidak boleh pergi jauh-jauh kerana saya oncall.

Percutian 4 hari 3 malam ini walaupun ringkas sangat bermakna.

Di mana Grace Ville?

Buat yang tertanya-tanya, Grace Ville adalah rumah salah seorang kawan saya.

Ya, saya bercuti di rumahnya.

Tidak ke mana-mana. Saya menulis, membaca, menonton filem dan pergi ke kompleks membeli-belah.

Menghabiskan duit membeli hadiah untuk diri sendiri.

Tukar pembekal internet daripada Yes kepada Celcom.

Sebelum ini saya menggunakan Yes, 4GB dan perlu bayar RM68 sebulan (tak termasuk GST). Bila tanya untuk upgrade, katanya kena tamatkan dan pilih pakej lain.

Sekarang, berlumba-lumba pembekal internet lain menawarkan pakej lebih menarik. RM68 untuk 4GB sangat tidak berbaloi pada masa sekarang.

Saya pilih Celcom, RM85 sebulan dan dapat 21GB. 7GB siang dan 14GB malam.

Selesai urusan internet.

Sempat pergi ke Sungai Kibunut. Ketika sampai pukul 7.50 pagi, hanya kami berdua di situ. Airnya sejuk dan udaranya menyegarkan.

Malangnya tidak dapat berlama-lamaan di situ kerana talian telefon untuk Celcom tiada. Susah pula orang di hospital mahu menghubungi sekiranya ada apa-apa.

Saya akan datang lagi ke sini tentunya. Saya suka sungai, pantai dan alam. Alam semulajadi mendamaikan, beri ketenangan.

Cuti 4 hari hujung minggu ini beri saya peluang untuk berehat selepas keletihan fizikal menyelam di Manana dan sarat minda dengan kursus internet di Da Nang.

Ya, bercuti tidak semestinya jauh-jauh atau di tempat yang terpencil.

Ke mana kawan-kawan bercuti hujung minggu ini?

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *