Skip to content

How to be happy

Ada apa dengan tajuk hari ini?

Bagaimana mahu gembira?

Tajuk buku terbaru saya?

Oh tidak. Tapi boleh juga kalau difikir-fikirkan. Entahlah, saya pun tidak tahu kenapa. Hati resah.

Duit sudah masuk pun hati gundah-gulana. Tidak ada kaitannya dengan duit. Maka apakah sebenarnya?

Masalahnya saya sendiri tidak tahu apa masalahnya.

Hmm… memang berat tidak tahu masalah sendiri.

Namun saya bersyukur dengan kehidupan hari ini. Masih hidup sehari lagi.

Semalam saya ke Kolej Sains Kesihatan Bersekutu. Tepat 8 pagi saya sampai. Mujur ada petak parking yang disediakan.

Nama saya terpampang di tiang di petak parking. Pensyarah jemputan.

Kalau tidak disediakan parking, berpeluh juga mahu mencari parking. Pernah sekali saya datang ke situ dan tidak ada parking tersedia, saya letakkan kereta di asrama kolej dan berjalan dari asrama ke dewan kuliah. Berpeluh juga.

Tajuk yang disampaikan : Abuse & Assault (merangkumi domestic violence, rape and child abuse).

Pelajar AEMTC aktif bertanya. Seronok menjalankan sesi kuliah dengan mereka.

Saya gembira setiap kali dapat berkongsi ilmu. Adakah ini petanda saya harus bertukar kementerian?

Saya tidak pernah berfikir secara serius sama ada saya akan kekal lama di tempat sekarang atau berpindah menjadi tenaga pengajar di hospital universiti.

Saya tidak ada bakat menjadi guru tetapi saya seronok setiap kali dapat berkongsi ilmu.

Itukah yang menyebabkan hati saya resah gelisah?

Saya meneropong masa depan yang tidak diketahui.

Adakah saya akan gembira kekal di hospital atau lebih gembira dengan kehidupan baru di hospital universiti?

Bagaimana mahu gembira?

Biar saya bertanya pada-Nya.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *