Skip to content

Hari kedua ALS QE2

Hari kedua ALS dimulakan dengan lecture bertajuk Ethique in resuscitation.

Selepas itu peserta menjalani peperiksaan teori. 50 soalan objektif untuk dijawab dalam masa 1 jam dan 20 ECG untuk dikenalpasti.

Satu demo megacode dilakukan oleh fasilitator untuk menunjukkan kepada peserta bagaimana mereka akan dinilai semasa peperiksaan amali. Mereka diberi peluang untuk berlatih mengendalikan megacode sejurus selesai sesi demo.

Peperiksaan amali bermula pada pukul 1.15 petang. Saya kagum melihat ada di antara peserta yang datang dari hospital daerah menunjukkan kemampuan yang baik dalam sesi penilaian praktikal.

Melalui kursus ini saya dapat membuat satu kesimpulan.

Kebanyakan peserta yang datang ke kursus ini harus membayar sendiri jumlah yuran. Maklumlah, hujung tahun. Jadi jabatan sudah kehabisan bajet untuk menghantar staf ke kursus dengan peruntukan daripada jabatan. Maka peserta mengeluarkan duit dari poket sendiri.

Untuk ALS bukan sedikit yuran yang dikenakan. Satu jumlah yang signifikan.

Saya lihat rata-ratanya bersungguh-sungguh dan benar-benar ingin belajar.

Sebelum ini saya pernah terlibat dengan kursus ALS dan TLS di mana peserta hadir dengan peruntukan daripada jabatan. Maka mereka tidak perlu mengeluarkan apa-apa duit.

Dapat dilihat perbezaan sikap bagi kursus yang dibayar sendiri dengan kursus yang dibayar oleh jabatan.

Peserta yang mengeluarkan duit sendiri lebih bersungguh-sungguh dalam kursus. Menunjukkan semangat belajar yang tinggi dan bersikap proaktif. Manakala peserta yang ditaja, ada yang bersikap sambil lewa, tidak bersungguh dan tidak serius. Saya tidak mengatakan kesemua mereka begitu. Cuma, itulah yang saya perhatikan setakat ini.

Berbalik pada ALS kali ini, saya berbesar hati kerana dijemput oleh untuk terlibat sama. Pada masa akan datang, saya akan bersama lagi dalam sesi perkongsian ilmu dengan staf kesihatan di Sabah. Sehinggalah saya meninggalkan bumi di bawah bayu ini dan berkhidmat di negeri lain pula. Buat masa sekarang, saya akan kekal di sini, mengendalikan kursus demi kursus untuk orang di sini.

Semoga ilmu yang dicurahkan menjadi bekalan di alam sana.

P.S : Tahniah pada MO saya yang lulus. Kalau tak lulus, balik kena denda berdiri di luar ED. ?

Published inkursusstetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *