Skip to content

Hadiah

Hadiah apa yang anda paling suka?
Apa hadiah yang anda impikan untuk dapat?

Sejak berusaha mengamalkan gaya hidup minimalis, saya suka hadiah dalam bentuk makanan dan pengalaman. Namun jika ada yang beri hadiah dalam bentuk fizikal, saya tetap besar hati menerimanya. Ini kerana nilai hadiah itu tidak begitu penting. Yang penting ialah niat dan keikhlasan pemberi. Itu yang perlu dihargai. Pemberi ingat kita. Pemberi hadiah mahu kita menerima sesuatu sebagai tanda ingatan daripadanya.

Bagaimana hadiah dalam bentuk pengalaman?
Beberapa contoh yang boleh diberikan.

Makan

Membawa makan ke tempat yang menjadi kegemaran. Seperti restoran atau gerai yang menyajikan makanan laut atau restoran sushi. Makan sambil berbual dengan keluarga dan kawan-kawan. Makan makanan yang sedap. Berbual tanpa henti.

Makanan

Menghadiahkan makanan seperti coklat, kuih, biskut dan buah-buahan merupakan satu pilihan. Terutamanya jika anda tahu makanan kegemaran orang yang anda mahu berikan hadiah. Saya sendiri paling suka jika orang hadiahkan saya coklat.

Tiket menonton wayang atau teater
Menonton wayang atau teater bersama orang yang disayangi dan kawan-kawan akan menjadi satu pengalaman yang menggembirakan. Lebih-lebih lagi jika filem atau cerita yang ditonton menarik dan meninggalkan kesan.
Sudah lama saya tidak menonton teater. Teringat pengalaman menonton teater Cuci Musical dan teater Merdeka. Menonton teater tak sama dengan menonton wayang. Orang berlakon secara berdepan dengan penonton. Sebarang kesilapan dan cacat-cela akan kelihatan terus.

Pakej percutian atau tiket kapal terbang

Jika ada bajet yang mencukupi, boleh memberikan hadiah pakej percutian atau tiket kapal terbang ke mana-mana destinasi. Untuk mereka yang suka berjalan atau melancong, hadiah ini akan menjadi antara hadiah yang dikenang seumur hidup. Sudah tentu menggembirakan hati si penerima. Sekurang-kurangnya itu yang saya rasakan.
Lawatan ke taman tema

Sesekali ke taman tema untuk kelainan dan melakukan perkara yang jarang kita buat. Taman tema permainan seperti Legoland atau taman tema air seperti Gambang menjanjikan keseronokan pada mereka yang tak pernah hadir ke sini.

Baucar membeli-belah

KIta tidak tahu apakah barang yang sudah dimiliki atau barang yang belum ada dalam simpanan rakan atau ahli keluarga yang kita mahu beri hadiah. Mungkin ada barang yang mahu dibelinya tapi kita tak tahu kerana dia merahsiakannya.

Kita boleh hadiahkan baucar membeli-belah dalam nilai sekian RM. Jadi penerima jadiah baucar bebas membeli barang yang mereka inginkan dengan menggunakan baucar itu. KIta pula tak pening untuk memikirkan hadiah apa yang mahu diberikan. Kita tak perlu risau jika hadiah yang diberikan tak disukai atau sudah ada dalam simpanannya.
Ya, saya tahu baucar membeli-belah bermaksud barang. Sedangkan tadi saya menyebut hadiah makanan atau pengalaman. Namun ini berbeza kerana penerima menggunakan untuk barang yang mereka inginkan.

P.S: Terima kasih kepada rakan yang bersusah-payah menghantar coklat dari Semenanjung kepada Sabah.
Published inUncategorized

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *