Skip to content

Fokus

Dalam apa juga pekerjaan yang kita lakukan, fokus amat penting. Tanpa fokus, kerja tidak berhasil.

Ada yang bertanya kepada saya, apa rahsia saya berjaya menulis buku.

Jawapan saya ialah fokus.

Fokus kepada apa yang dilakukan hingga siap. Usah beralih kepada tugas lain sekiranya tugas yang dilakukan sekarang belum siap lagi.

Saya pernah melakukan eksperimen mahu menyiapkan beberapa buah buku serentak. Tetapi eksperimen itu gagal dengan hebatnya. Sejak itu saya tahu kemampuan saya. Saya hanya mampu menulis sebuah buku dalam satu masa, tidak dua atau tiga.

Barangkali penulis lain boleh melakukannya, tetapi bukan saya.

Jika anda dapat idea untuk buku lain ketika menulis buku pertama, tulis idea itu agar tidak terlupa. Tetapi bukannya menulis buku daripada idea kedua. Siapkan buku pertama dahulu sebelum memulakan buku kedua.

Fokus. Fokus. Fokus.

Fokus hingga selesai buku yang ditulis

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *