Skip to content

Emaknya lari

 

Tercungap-cungap anak itu bernafas. Jangkitan kuman di paru-paru menyebabkan pernafasannya turun naik dengan laju.

Seorang perempuan muda berwajah ceria berada di sebelahnya.

Hairan saya.

Anak sakit sebegitu rupa, masih boleh tersenyum.

“Berapa umur dia?” Mukadimah perbualan.

“Sudah masuk dua bulan.”

“Berapa hari nafasnya laju macam tu?”

“Oh, pagi tadi nampak laju.”

“Ada batuk-batuk?”

“Ya doktor.”

Soalan demi soalan saya tanyakan, rupa-rupanya perempuan ini bukan ibu kepada bayi tersebut.

“Saya penjaganya. Emaknya sudah lari.” Dia menjawab apabila saya bertanya di mana ibu bayi ini.

Lari? Hmm… terdiam sekejap saya mendengar kata-katanya.

“Lari ke mana?” Saya bertanya soalan bodoh.

“Tidak tahu la doktor. Saya baru jaga dia sejak dua minggu lalu.”

“Ayah budak ni mana? Kenapa bukan dia yang hantar anaknya?”

“Entah, tak dapat contact dia la doktor.”

“Kerja ke?”

Perempuan muda itu menggeleng. “Ayahnya kerja malam. Tapi… itulah, dari tadi saya cuba call tak dapat-dapat.”

“Kembarnya sudah meninggal dunia.”

Semakin bercelaru kepala otak saya mendengar satu persatu maklumat yang disampaikan.

“Meninggal sebab sakit apa?”

“Tak tahu la. Waktu tu saya belum jaga dia lagi.”

Saya lihat bayi itu. Kasihannya dia…

Usia semuda ini. Kembarnya sudah tiada. Ibu lari entah ke mana. Ayah pun sibuk bekerja. Bagaimana dia sewaktu membesar nanti?

Teringat keluarga di kampung. Tiba-tiba rindu dengan emak, ayah dan adik serta abang saya.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *