Skip to content

Duit dan kebahagiaan

Orang kata duit tidak boleh membeli kebahagiaan.

“It’s not really about the money. It’s what you can do with the money.” Kata-kata MO saya ini membuatkan saya termenung panjang.

Semalam saya tahu saya akan mendapat ‘durian runtuh’. Pada mulanya gembira. Kerana saya memang sedang berfikir di mana mahu mencari perbelanjaan untuk ke luar negara.

Namun kegembiraan itu bertahan beberapa jam saja. Duit itu belum masuk lagi ke akaun. Hanya tertera di slip gaji.

Apabila menatap akaun bank hari ini, gaji sudah masuk. Durian runtuh sudah masuk.

Tetapi kegembiraan itu seperti semalam. Beberapa jam sahaja. Pendek hayatnya.

Duit itu duduk diam-diam dalam akaun. Akan keluar dari bank apabila sudah ada hala tujunya. Yang pasti, destinasi yang boleh membuatkan saya gembira. Gembira di dunia dan untuk bekalan di akhirat.

Bersyukur dengan pekerjaan yang saya lakukan sekarang, saya boleh menyara diri sendiri, hulur duit pada orang tua di kampung dan membeli buku-buku yang saya mahu baca.

Bukan duit itu semata-mata tetapi apa yang kita boleh buat dengan duit yang kita miliki.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *