Skip to content

Doctor Stranger II

 

Tamat menonton 20 episod Doctor Stranger.

Gembira apabila Park Hoon dapat bersama dengan Jae Haee pada akhirnya. Begitu susah mereka mengharungi segala dugaan, namun kebahagiaan berpihak pada mereka.

Jalan cerita menarik. Tapi bab bahagian perubatan memang saya geleng kepala melihatnya.

1. Selamba saja Park Hoon dan Jae Haee meletakkan tangan di atas dada pesakit yang berdarah tanpa memakai glove.

2. Park Hoon menggunakan bag valve mask ke atas pesakit tetapi oxygen reservoir tidak kembang.

3. Dos magnesium yang salah untuk torsades de pointes.

4. Pesakit baru habis pembedahan jantung, disorong keluar dari bilik pembedahan dengan nasal prong sahaja.

5. Mask diletakkan begitu saja di muka pesakit tanpa dipegang. Doktor hanya picit bag valve mask saja.

6. Cardiac monitor menunjukkan asystole tapi doktor buat defibrillation.

Cukuplah itu saja.

Tak kiralah menulis skrip drama atau menulis buku, pengetahuan perlu ada. Kalau tidak tahu, kena buat kajian atau orang putih panggil ‘research’. Jangan main belasah.

Sebab itu seelok-eloknya kita menulis dalam bidang kita kalau kita malas mahu buat kajiian untuk bidang lain.

Katakan saya menulis tentang dunia polis atau bomba tanpa membuat kajian, pasti saya akan ditertawakan apabila menulis isi yang tidak tepat berkenaan kerjaya mereka.

Walaupun perkara ini nampak kecil bagi sesetengah orang, pada saya ia melambangkan sama ada kita penulis yang mementingkan kualiti atau sekadar menulis untuk melepaskan batuk di tangga.

Benar, mungkin buku kita mahu menceritakan tentang kisah kehidupan sepasang suami isteri atau sebuah keluarga. Namun itu tidak bermakna perkara lain harus diambil mudah.

Lebih baik saya nampak bijak menulis dalam bidang yang memang saya mahir daripada saya menunjukkan kelemahan kerana menulis sesuatu yang saya tidak tahu atau kurang arif.

Saya tidak ada bangkangan kalau ada yang mahu menulis dalam bidang lain. Yang penting, buat kajian dan tulis perkara yang betul.

Sekianlah tips menulis untuk malam ini.

Tips menulis berdasarkan drama Doctor Stranger.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *