Skip to content

Digital detox

Konsep ini dicadangkan oleh Nishant semasa saya mengikuti kursusnya.

Baru ini saya melakukannya. Untuk pertama kali, saya buat facebook detox. Saya tidak membuka facebook berjam-jam seperti biasa.

Dalam masa seminggu, saya hanya membuka facebook beberapa kali. Itu pun sekejap sahaja.

Faedah: Banyak perkara lain yang saya berjaya buat apabila saya tidak menghabiskan masa dengan facebook.

Masa itu diluangkan dengan membaca dan menulis, bersosial dengan rakan-rakan, tidur lebih awal.

Kehidupan saya berjalan seperti biasa walaupun saya tidak bertekun di depan facebook.

Cubalah.

Bagi sesiapa yang sering merasakan dirinya tak cukup masa untuk melakukan apa yang digemarinya, contohnya:

1. Membaca buku yang dibeli semasa BBW bertahun lalu.

2. Menulis cerpen atau buku.

3. Mencuba resepi baru.

4. Melakukan aktiviti dengan ahli keluarga atau rakan-rakan.

5. Memasuki kelas seperti kelas belajar taranum, kelas buat kek, kelas muay thai.

Anda boleh cuba melakukan digital detox dan lihat kesannya.

Published instetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *