Skip to content

Diari Timin : Kehidupanku di KTAM

dam2 dam3 dam4 dam5

Buku ini merupakan buku kedua yang saya terbitkan sendiri.

Hasrat di hati ketika menulis buku ini hanya kerana mahu berkongsi dengan rakan-rakan bekas pelajar KTAM akan memori di sekolah.

Lebih 20 tahun yang lalu saya merupakan pelajar KTAM atau nama panjangnya Kolej Tunku Ampuan Mariam.

Pada mulanya saya benci untuk tinggal di asrama. Malah merayu-rayu dengan ibu bapa saya agar saya boleh kembali bersekolah di sekolah biasa.

Punca saya tak suka sekolah berasrama adalah kerana tak dapat menonton televisyen sesuka hati.

KTAM mengubah persepsi saya.

Kehidupan yang saya tidak mahu satu ketika dahulu kini menjadi memori yang sangat berharga.

Kawan-kawan yang banyak menolong saya dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama. Kakak angkat yang membuatkan diri saya rasa disayangi. Hingga ada ketikanya saya tidak betah bercuti lama-lama di rumah. Terkinja-kinja mahu pulang segera ke asrama kerana mahu bertemu dengan kawan-kawan dan kakak angkat.

Kisah dalam buku ini adalah kisah kehidupan seorang budak asrama pada tahun 1990-an. Saya tidak tahu adakah sama dengan budak sekolah asrama sekarang.

Kalau mahu tahu bagaimana seorang budak sekolah menjalani kehidupan di asrama, bolehlah membaca Diari Timin : Kehidupanku di KTAM.

Buku ini bukan terhad untuk bekas pelajar KTAM atau budak sekolah asrama yang lain, sesiapa saja boleh membacanya.

Jika anda tidak pernah tinggal di asrama, mungkin boleh mmembaca buku ini.

Buku ini juga adalah bukti saya tidak membuang masa menulis diari lebih 20 tahun yang lalu. Kini ianya menjadi khazanah yang berharga sekurang-kurangnya untuk saya.

Ketika rajin menulis diari semasa di bangku sekolah menengah, saya tidak terfikir langsung diari itu akan menjadi sumber rujukan untuk buku saya.

Jadi, simpanlah apa-apa yang anda tulis sekarang kerana mungkin boleh digunakan 20 tahun lagi.

Published inBukustetoskop & pen

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *